Monday, July 13, 2009

BLOG BARU.SEMANGAT BARU..!

Salam 2 everyone..
Saje je aku nak buat blog baru ni.
Seiring dengat semangat yang baru, insyaALLAH.

Semalam berlaku lagi kisah pedih n perit untuk aku telan.
Bak kata Risha n beberapa orang lain, line kat tangan aku ni coraknya memang serabut.
N certain orang je tau betapa berlikunya jalan hidup aku ni.
Tak cukup dengan tu, those yang tak pernah faham, ada yang dengki tambah lagi warna-warna panas n pudar dalam hidup aku ni.

Tapi, syukur sangat.
Tak macam selalu,
pagi ni aku bangun dengan satu senyuman. Meskipun pedih tu terasa-rasa kat hati aku. TUHAN Maha Tahu kepedihan ni. Dan aku terus baca doa bangun tidur, mandi, solat Subuh, baca Ma'thurat n terus ngaji sket. Sikit pun air mata aku tak mengalir lagi pagi tu.

Semalam, saat rentetan cerita sedih pedih tu sampai tahap klimaks, aku menangis sungguh-sungguh. Sakitnya ALLAH saja yang faham. Aku tak mampu nak luahkan cerita yang banyak episod ni kat siapa2. Complicated!

Tapi, malam tu juga aku gagahkan hati untuk terus pandang ke hadapan. Aku tau, hanya pada ALLAH dapat aku luahkan segala rasa, sakit, dan derita. TUHAN, kuatkan akun. Lindungi aku daripada putus asa. Aku tak mahu jatuh kerana ujian. TUHAN, yakinkan aku bahawa KAU sentiasa bersama aku. Semoga hati ini terus merasa bahagia dan tenang dalam mengingati dan mencintaiMU. Aku yakin dan pasti, ujian silih berganti ni hanya kerana KAU mahau aku terus dekat padaMU. Meski sesekali aku rebah, aku kalah, aku lemah.. KAU tetap bersama.

TUHAN, kuatkan cinta ini. Kuatkan hati aku.
Aamiin.